Rabu, 22 Mac 2017

Hanya Dalam Mimpi

Mungkin hanya dalam mimpi layak untuk ku memiliki mu... hati ada rasa tapi apakan daya tidak mampu diterjemahkan dalam realiti... kerana merasakan diri ini tidak layak mendampingi mu... kerana di antara kita berdua jauh bezanya... mungkin juga kerana aku merasakan aku tidak layak memiliki mu yg sangat tulus dipandagan mata orang di sekeliling... biarlah rasa ini terus tersemat dalam hati... dan biarlah aku dan Allah sahaja yang tahu... biarpun hanya sekadar dalam mimpi rasa sudah cukup bagi ku... mengenali mu... dapat melihat wajah mu... mendegar suara mu... sudah bahagia bagi ku... biarlah pengharapan ini terus tersemat dalam diri... wasalam... Hanya dalam mimpi aku dapat memiliki mu dan mendampingi mu...

Isnin, 27 April 2015

Hati Perempuan..!!

Hati Perempuan ibarat bekas kaca yang amat mudah untuk pecah kalau tidak di jaga dengan sebaiknya...Namun dalam menjaga hati perempuan itu kita kena berjaga-jaga kerana takut dari apa yang kita corakkan kepadanya akan jadi sebaliknya dari apa yang kita fikirkan. Tidak guna kalau kita miliki hati seorang perempuan hanya sekadar menjadikan teman biasa, oleh itu kita harus ada keinginan untuk menjadikannya sebagai pendamping hidup kita yang akan kita bimbingnya dan insyaallah akan membimbingnya menjadi seorang wanita menjadi seorang isteri yang solehah yang taat kepada suami demi redha Allah...

Sebagai lelaki kita tidak boleh selamanya menjalinkan hubungan dengan seseorang wanita itu hanya setakat seorang kekasih tapi dalam pemikiran kita harus ada niat yang suatu hari nanti kita akan menjadikan wanita sebagai pendamping kita ketika suka dan duka sampai ke akhir hayat selagi nyawa dikandung badan..

Hati seorang perempuan amat sukar ditafsirkan kadang kala apa yang ternampak di luaran tidak semestinya sama yg ada di dalam hatinya... Mungkin dia menunjukkan kegembiraan diraut wajah tapi pada hakikatnya di dalam hatinya menanggung kesedihan yang tidak terkuat dengan kata-kata.

Allah S.W.T telah mengamanahkan kepada seorang lelaki seorang isteri agar membimbingnya dan bersama-sama menuju ke jalan yang diredhainya...dan insyaallah ke jalan syurga yang kekal abadi... di akhirat nanti...

PEREMPUAN,
memiliki mu sangat mudah
Menjaga mu bukan mudah
Andai lurus jalannya
Lurus jalannya bahagia akan menanti di penghujung jalan
Andai jalan yang dilalui bengkok
Apa yg dicorakkan tidak akan berkekalan lama pasti akan mengundang kedukaan di kemudian hari nanti....

WANITA ENGKAULAH PERHIASAN DUNIA...YANG BISA MEMBAWA BAHAGIA MAHUPUN DUKA...

Isnin, 19 Januari 2015

Banjir

Banjir

Datang mu meluluhkan hati
Datang mu menghancurkan senyuman
Datang mu dengan membawa kemusnahan
Datang mu menghanyutkan kediaman
Datang mu memusnahkan impian dan harapan

Namun
Apakan daya manusia hendak mempertikaikan tindakan Allah kepada manusia

Kerana
Musibah ini ditakdirkan berlaku kerana Allah hendak menguji bagaimana manusia menjalankan tugas yang diamanahkan di atas muka bumi ini...

Ketentuan Allah menjadikan banjir agar manusia meratapi memikirkan apakah tindakan manusia yang selama ini hidup di atas bumi mendatangkan manfaat atau kemudaratan.

Banjir suatu bentuk pembersihan yang dilakukan Allah kepada apa yang telah manusia lakukan di atas muka bumi, yang selama ini semakin dirosakkan oleh manusia tanpa memikirkan apakah akibatnya...

Sesungguhnya sebagai manusia yang beriman kepada Allah s.w.t harus  bersyukur ke atas nikmat yang selama ini diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya...

Semoga kita semua menjadi manusia yang beriman kepada Allah s.w.t agar beroleh keberkatan untuk menjalani kehidupan di atas muka bumi Allah...

Sabtu, 16 Ogos 2014

MH17

MH17..
pergimu tidak dijangka
hilangmu memilukan hati
sanak dan saudara menangisi kehilangan mu
pergi mu untuk selamanya

MH17
gugur mu ke bumi angkara manusia
tapi siapa yang bertanggungjawab??
kepiluan yg dibawa meranapkan perasaan sanak saudara
mencipta satu tangisan kehilangan yang sangat memilukan
dikala orang yang lain bergembira di hari yang bahagia

MH17
jatuhmu membawa nyawa manusia yang melayang
diatas sifat kebodohan sifat manusia..yang rakus
berperang demi kepentigan diri..
kini kehilangan mu sudah terima..
maka bersemadilah MH17 dengan aman..

wahai nyawa-nyawa yang terkorban bersemadilah
aman di alam sana..tiada apa yang mampu kami,
yang masih hidup ini lakukan hanya mampu mengirimkan
kepergianmu dengan tangisan dan iringan doa
agar kau aman dan bahagia bertemu sang pencipta..
hanya Al-fatihah dapat kami kirimkan...
ingatan kami bersamamu MH17..bersemadi kau wahai MH17..

#MH17_amanlah_kau_disana

Khamis, 14 Ogos 2014

Sahabat..

Sungguh Allah menyayangi mu
menjemput engkau pergi meninggalkan kami
tiada apa yang dapat kami lakukan
hanya iringan doa dapat kami sisikan kepada
meminta kepada yang Maha Esa
mrnempatkan dikau ditempat yang mulia
di alam sana..

Wahai sahabat tenanglah dikau disana
kelak pasti kami rakan-rakan mu akan menyusul tiba
bagai semalam kami bersamamu
mendengar gelak ketawamu yang menghiburkan kami
kini dikau pergi untuk selamanya..hilangkan segalanya..
disini keadaanya tidak lengkap tanpamu di sisi..
Namun apakan daya ini sudah ketetapan Yang Maha Esa..
menjemput engkau pergi terlebih dahulu daripada kami..

SAHABAT Al-fatihah dikirimkan sebagai peneman..
semoga Allah menempatkan dirimu di tempat yang mulia..
engkau seorang sahabat...seorang teman...yang mulia...
yang tiada galang gantinya..namun yang telah pergi
tetap akan dikenang sampai ke akhir hayat kami..
dan yang masih hidup tetap harus menjalani kehidupan
ini dengan sebaiknya sebagai hambanya yang beriman...

tenanglah dikau disana...kelakkan pasti kita akan bertemu..

Selasa, 3 Jun 2014

Jodohku..??kehidupanku..??

Seyuman mu membuatkan aku terpaut kepada kebesaran illahi
Menghadirkan dirimu disamping diriku
Gelak tawamu menceriakan hari-hari ku
Pandangan matamu membuatkan aku terpesona
Keatas keayuan dirimu..
Lantas aku tertanya-tanya..??
Layakkah aku berada di sqmpingmu?? Sudikah dikau menerima diriku??
Aku hanyalah seorang insan biasa
Yang penuh dengan kekurangan
Yang memerlukan seseorang untuk melengkapkan diri ini..
Sesungguhnya aku mengharapkan diriku ini sudah layak
Untuk berada di samping dirimu
Tapi..
Adakah kau sudi menerima ku??
Atau dikau sudah ada yang lebih baik dari diriku ini??

Persoalan akan menjadi persoalan kerana diri ini
Masih belum ada keberanian untuk bersemuka dengan diri mu
Kerana aku takut akan jawapan yang lahir dari percakapan mu
Kerana aku takut akan jawapan yang akan tertulis dari tulisan mu
Akan menyakitkan hati ini
Akan membuatkan aku jauh dari mu
Kerana luka yang berdarah boleh diubati
Tapi luka di hati entah siapa tahu bila akan diubati??

Tapi aku pasrah jika ini sudah menjadi suratan takdirku
Menyepi dan terus mnyepi keseorang disudut hiba
Menharapkan kehadiran dirimu..pendamping dikala aku kesepian..
Aku redha
Aku pasrah
Kerana..
jodoh
Ajal
Pertemuan

Itu adalah ketentuan yang maha Esa..yang menguasai segala apa yang ada dilangit mahupun dibumi..

Aku menyintaimu kerana Allah..
Aku menyayangimu kerana Allah..
Aku menerima mu kerana Allah..

Kerana Allah telah menjanjikan yang terbaik kepada hamba-hamba yang beriman kepada-Nya..
Allah maha adil di atas segalanya..jika aku tidak berjodoh dengan mu pasti Allah telah merencakan bagimu jodoh yang lebih baik dari diri ku ini..
Kerana telah tertulis segala-galanya semanjak di lauhul mamfuz jodoh dan ajal kita di atas muka bumi ini...yang perlu kita lakukan sekarang adalah berserah kepadanya bersujud kepada berdoa kepadanya agar kita sentiasa berada di dalam cahaya keimanan kepadanya..

Isnin, 19 Mei 2014

Kepastian...CINTA??

Kepastian yang ku cari
Bilakah akan menjelma
Setiap saat aku menantikannya
Menunggu dan terus menunggu
Mencari sebuah keyakinan
Untuk berdepan dengan mu
Menoktahkan kebelengguan yang selama ini
Tersemat kemas didadaku..
Ingin ku menoktahkan segalanya
Namun aku tak terdaya
Kerana aku takut...aku takut diri ini tidak diterima
Kerana mungkin perasaan benci akan muncul terhadap mu..
Kerana aku malu untuk berdepan dengan mu lagi..
Sesungguhnya aku tidak mahu melupakan mu
Namun, andai ditakdirkan sudah semestinya aku tidak dapat mengelak lagi..
Setiap pandangan mu pasti akan menusuk kalbu
Mencederakan hati batin menjerit kepiluan
Mengenangkan nasib diri yang malang
Mencintai adalah lumrah kehidupan yang terindah
Namun keindahan itu aku tidak kejar..tidak dapat ku tangkap..
Kerana mungkin cinta itu milik insan yang lebih layak dari diri ini..

Isnin, 24 Mac 2014

Ibu..

ibu pengorbanan mu begitu besar
bersusah payah mengandungkan aku
sembilan bulan kau berkorban
memastikan aku dapat hidup di dunia
dan engkau bertarung nyawa
diantara hidup dan mati
demi memastikan aku hidup di atas dunia..
sungguh besar pengorbanan kau oh ibu..

dari kecil kau mendidik anakmu ini
dengan leteren yang membengitkan telinga
namun aku tahu leteran mu itu
mempunyai erti yang besar
demi mendidik anak mu menjadi
insan yang berjaya dalam hidup..

wang ringgit kau korbankan
titik peluh kau titiskan
untuk anak mu berjaya
dunia dan akhirat..

ingin aku balas segala pengorbanan mu
yang telah engkau berikan kepada anakmu
inginku berikan kejayaan yang membuatkan
kau bangga mempunyai anak yang berjaya..
tapi adakah adakah kesempatan untuk aku
membalas itu semua..

ohh..ibu..sungguh Allah lebih menyayangi mu
menjemput engkau pergi dari kami
tiada lagi leteran mu yang sering dikau ucapkan
tiada lagi teman untuk aku berkongsi peresaan
suka dan duka
ibu..
walau dikau pergi dari pandangan
namun dikau tetap hidup dalam
memori fikiran kami..
yang akan terus hidup bersama kami..

leteren dan pengorbanan mu membuatkan
aku menjadi seorang manusia
yang ada fikiran dan perasaan
tentang yang baik dan buruk dalam kehidupan
...sungguh aku merindui mu...
...sungguh aku menyayangi mu...
..semoga kita akan bertemu di alam sana..
suatu ketika nanti..!!

Disini..??

Disini aku setia menantimu
wahai kekasih hatiku
selamana sekalipun
masa diambil aku akan tetap menanti
tiada apa yang dapat menghalang
cinta ku kepada dirimu
melainkan hanya yang maha
berkuasa dilangit dan didarat sahaja
yang dapat menghalang segala apa
yang kita rencanakan di atas
muka bumi ini kerana dia
memiliki segalanya...

setinggi mana gunung yang harus
aku daki untuk pergi kepada
pasti akan aku harungi juga
seluas mata hutan yang harus ku redah
akan aku tetap laluinya
sedalam mana lautan yang
harus ku renangi akan aku ikutkan juga
kerana cinta ku kepada mu tidak akan pudar
selagi nyawa dikandung badan..

Sabtu, 22 Mac 2014

Mencari cinta..??

aku ingin mencari cinta
yang bisa membuatkan aku mendapat
kebahagian dunia dan juga akhirat..
aku ingin menyintai seorang insan
atas dasar menyintai Allah
kerana cinta allah membawa bahagia
dunia dan akhirat
dengan kita menyintai seorang
wanita kerana allah,
insyallah kita akan mendapat
redha allah...

#MH370

MH370
kepulanganmu dinantikan
kehilangan mu meresahkan
yang tersayang...dengan itu
tunjukkanlah dirimu
jelmakanlah dirimu
perlihatkan dirimu
agar dapat kami semua dapat pergi kepadamu
agar keresahkan yang selama ini
kami tanggung hilang di fikiran..

"andai dilaut timbulkanlah
andai di langit turunkanlah
andai di darat zahirkanlah"

"ya Allah selamatkanlah para krew dan penumpang MH370 yang telah hilang di atas kekuasaanmu dari padangan mata kami yang zahir yang tidak dapat melihat segala yang ghaib sesungguhnya kau maha berkuasa dalam segala benda yang ada di atas muka bumi ini selamatkan mereka tunjukkanlah kami jalan agar kami dapat mencari mereka dengan selamat dan sekiranya kau takdirkan
yang sebaliknya kau temukan mayat-mayat mereka agar kesedihan keluarga mereka dapat dikurangkan...Aamiin ya rabbalamin..."

#MH370 KEPULANGANMU DINANTIKAN
PULANGLAH...

Khamis, 20 Mac 2014

Andai Esok Waktu-Nya

Andai telah tiba waktu-Nya
untuk aku pergi mengadap Illahi..
ku redha diatas ketentuan-Nya..
tapi adakah suduh cukupkah amalan
yang aku kumpulkan selama ini
untuk ku bawa bersama ke alam sana
mampukah aku menjawab segala pertanyaan
yang akan dipersoalkan kepada ku?
sungguh aku takut untuk menghadapinya
tetapi harusku laluinya juga
kerana sesungguhnya
setiap yang hidup pasti akan mati
kerana kematian itu adalah sesuatu
yang pasti akan dihadapi oleh setiap
insan di atas muka bumi ini
untuk bertema Sang Pencipta..

Khamis, 6 Mac 2014

kesempurnaan

tiada insan yang sempurna
dilahirkan ke dunia!!!
tahu kenapa??
tujuannya adalah kerana?
kerana Allah S.W.T ingin melihat
sejauh mana hamba-hambanya
berusaha untuk mencari kesempurnaan
yang hakiki.

kesempurnaan itu tidak terletak
pada sebanyak mana harta
yang dimiliki

namun,

sempurnanya seseorang itu
dilihat pada sejauh mana keimanan
seseorang manusia kepada
Sang Pencipta
ketaatan dalam menjalankan
segala amalan-amalan
yang diperintahkan dan yang diwajibkan
keatas hamba-hambanya yang beriman
bagi  mencari keredhaan Ilahi
di dunia dan juga akhirat...

Selasa, 4 Mac 2014

Aku hanya insan biasa

Aku hanyalah seorang insan biasa
Yang mempunyai hati dan perasaan
Ada rasa untuk disayangi
Ada rasa untuk menyayangi
Namun, tidak semua itu dapat aku
Nikmati hari ini

Terkadang tertanya-tanya kenapa??
Kebahagiaan itu tidak dapat ku capai!!!

Kerana apa??
Adakah kerana harta!!!
Adakah kerana rupa paras!!!
Jujur aku katakan semua itu aku kekurangan

Tapi!!! Apa yang aku boleh berikan adalah
Kejujuran dalam suatu perhubungan...
kesetiaan dalam percintaan...
untuk terus bersama dengan seorang yang sanggup menerima aku dengan apa yang aku miliki di dunia yang fana kini...

sungguhpun aku tidak mempunyai harta
yang bertimbun-timbun tapi insyaallah
aku akan berusaha dengan semampu
yang terdaya selagi hayat
dikandung badan untuk membimbingnya
kejalan Allah s.w.t yang diredhai-Nya...INSYAALLAH...

Selasa, 8 Oktober 2013

Perjalanan Hidup

Perjalanan hidup yang penuh
Tragis dan misteri
Boleh menjadikan sebuah kehidupan itu
Tidak seindah mimpi

Perjalanan hidup yang penuh
Kekecewaan dan kehampaan
Boleh menjadikan sebuah kehidupan itu
Setulus bicara hati

Perjalan hidup yang penuh
Dengan bunga-bunga riang
Boleh menjadikan sebuah kehidupan itu
Seindah mahligai impian

Perjalanan hidup yang penuh
Dengan cabaran dan dugaan
Boleh membuatkan seseorang itu berkata,
"andai itu takdir-Nya aku pasrah"

Perjalanan hidup yang penuh
Dengan kasih sayang
Menjadikan sebuah kehidupan itu
Sesuci cinta
Adam dan Hawa.