Isnin, 24 Mac 2014

Ibu..

ibu pengorbanan mu begitu besar
bersusah payah mengandungkan aku
sembilan bulan kau berkorban
memastikan aku dapat hidup di dunia
dan engkau bertarung nyawa
diantara hidup dan mati
demi memastikan aku hidup di atas dunia..
sungguh besar pengorbanan kau oh ibu..

dari kecil kau mendidik anakmu ini
dengan leteren yang membengitkan telinga
namun aku tahu leteran mu itu
mempunyai erti yang besar
demi mendidik anak mu menjadi
insan yang berjaya dalam hidup..

wang ringgit kau korbankan
titik peluh kau titiskan
untuk anak mu berjaya
dunia dan akhirat..

ingin aku balas segala pengorbanan mu
yang telah engkau berikan kepada anakmu
inginku berikan kejayaan yang membuatkan
kau bangga mempunyai anak yang berjaya..
tapi adakah adakah kesempatan untuk aku
membalas itu semua..

ohh..ibu..sungguh Allah lebih menyayangi mu
menjemput engkau pergi dari kami
tiada lagi leteran mu yang sering dikau ucapkan
tiada lagi teman untuk aku berkongsi peresaan
suka dan duka
ibu..
walau dikau pergi dari pandangan
namun dikau tetap hidup dalam
memori fikiran kami..
yang akan terus hidup bersama kami..

leteren dan pengorbanan mu membuatkan
aku menjadi seorang manusia
yang ada fikiran dan perasaan
tentang yang baik dan buruk dalam kehidupan
...sungguh aku merindui mu...
...sungguh aku menyayangi mu...
..semoga kita akan bertemu di alam sana..
suatu ketika nanti..!!

Disini..??

Disini aku setia menantimu
wahai kekasih hatiku
selamana sekalipun
masa diambil aku akan tetap menanti
tiada apa yang dapat menghalang
cinta ku kepada dirimu
melainkan hanya yang maha
berkuasa dilangit dan didarat sahaja
yang dapat menghalang segala apa
yang kita rencanakan di atas
muka bumi ini kerana dia
memiliki segalanya...

setinggi mana gunung yang harus
aku daki untuk pergi kepada
pasti akan aku harungi juga
seluas mata hutan yang harus ku redah
akan aku tetap laluinya
sedalam mana lautan yang
harus ku renangi akan aku ikutkan juga
kerana cinta ku kepada mu tidak akan pudar
selagi nyawa dikandung badan..

Sabtu, 22 Mac 2014

Mencari cinta..??

aku ingin mencari cinta
yang bisa membuatkan aku mendapat
kebahagian dunia dan juga akhirat..
aku ingin menyintai seorang insan
atas dasar menyintai Allah
kerana cinta allah membawa bahagia
dunia dan akhirat
dengan kita menyintai seorang
wanita kerana allah,
insyallah kita akan mendapat
redha allah...

#MH370

MH370
kepulanganmu dinantikan
kehilangan mu meresahkan
yang tersayang...dengan itu
tunjukkanlah dirimu
jelmakanlah dirimu
perlihatkan dirimu
agar dapat kami semua dapat pergi kepadamu
agar keresahkan yang selama ini
kami tanggung hilang di fikiran..

"andai dilaut timbulkanlah
andai di langit turunkanlah
andai di darat zahirkanlah"

"ya Allah selamatkanlah para krew dan penumpang MH370 yang telah hilang di atas kekuasaanmu dari padangan mata kami yang zahir yang tidak dapat melihat segala yang ghaib sesungguhnya kau maha berkuasa dalam segala benda yang ada di atas muka bumi ini selamatkan mereka tunjukkanlah kami jalan agar kami dapat mencari mereka dengan selamat dan sekiranya kau takdirkan
yang sebaliknya kau temukan mayat-mayat mereka agar kesedihan keluarga mereka dapat dikurangkan...Aamiin ya rabbalamin..."

#MH370 KEPULANGANMU DINANTIKAN
PULANGLAH...

Khamis, 20 Mac 2014

Andai Esok Waktu-Nya

Andai telah tiba waktu-Nya
untuk aku pergi mengadap Illahi..
ku redha diatas ketentuan-Nya..
tapi adakah suduh cukupkah amalan
yang aku kumpulkan selama ini
untuk ku bawa bersama ke alam sana
mampukah aku menjawab segala pertanyaan
yang akan dipersoalkan kepada ku?
sungguh aku takut untuk menghadapinya
tetapi harusku laluinya juga
kerana sesungguhnya
setiap yang hidup pasti akan mati
kerana kematian itu adalah sesuatu
yang pasti akan dihadapi oleh setiap
insan di atas muka bumi ini
untuk bertema Sang Pencipta..

Khamis, 6 Mac 2014

kesempurnaan

tiada insan yang sempurna
dilahirkan ke dunia!!!
tahu kenapa??
tujuannya adalah kerana?
kerana Allah S.W.T ingin melihat
sejauh mana hamba-hambanya
berusaha untuk mencari kesempurnaan
yang hakiki.

kesempurnaan itu tidak terletak
pada sebanyak mana harta
yang dimiliki

namun,

sempurnanya seseorang itu
dilihat pada sejauh mana keimanan
seseorang manusia kepada
Sang Pencipta
ketaatan dalam menjalankan
segala amalan-amalan
yang diperintahkan dan yang diwajibkan
keatas hamba-hambanya yang beriman
bagi  mencari keredhaan Ilahi
di dunia dan juga akhirat...

Selasa, 4 Mac 2014

Aku hanya insan biasa

Aku hanyalah seorang insan biasa
Yang mempunyai hati dan perasaan
Ada rasa untuk disayangi
Ada rasa untuk menyayangi
Namun, tidak semua itu dapat aku
Nikmati hari ini

Terkadang tertanya-tanya kenapa??
Kebahagiaan itu tidak dapat ku capai!!!

Kerana apa??
Adakah kerana harta!!!
Adakah kerana rupa paras!!!
Jujur aku katakan semua itu aku kekurangan

Tapi!!! Apa yang aku boleh berikan adalah
Kejujuran dalam suatu perhubungan...
kesetiaan dalam percintaan...
untuk terus bersama dengan seorang yang sanggup menerima aku dengan apa yang aku miliki di dunia yang fana kini...

sungguhpun aku tidak mempunyai harta
yang bertimbun-timbun tapi insyaallah
aku akan berusaha dengan semampu
yang terdaya selagi hayat
dikandung badan untuk membimbingnya
kejalan Allah s.w.t yang diredhai-Nya...INSYAALLAH...