Isnin, 19 Mei 2014

Kepastian...CINTA??

Kepastian yang ku cari
Bilakah akan menjelma
Setiap saat aku menantikannya
Menunggu dan terus menunggu
Mencari sebuah keyakinan
Untuk berdepan dengan mu
Menoktahkan kebelengguan yang selama ini
Tersemat kemas didadaku..
Ingin ku menoktahkan segalanya
Namun aku tak terdaya
Kerana aku takut...aku takut diri ini tidak diterima
Kerana mungkin perasaan benci akan muncul terhadap mu..
Kerana aku malu untuk berdepan dengan mu lagi..
Sesungguhnya aku tidak mahu melupakan mu
Namun, andai ditakdirkan sudah semestinya aku tidak dapat mengelak lagi..
Setiap pandangan mu pasti akan menusuk kalbu
Mencederakan hati batin menjerit kepiluan
Mengenangkan nasib diri yang malang
Mencintai adalah lumrah kehidupan yang terindah
Namun keindahan itu aku tidak kejar..tidak dapat ku tangkap..
Kerana mungkin cinta itu milik insan yang lebih layak dari diri ini..