Selasa, 3 Jun 2014

Jodohku..??kehidupanku..??

Seyuman mu membuatkan aku terpaut kepada kebesaran illahi
Menghadirkan dirimu disamping diriku
Gelak tawamu menceriakan hari-hari ku
Pandangan matamu membuatkan aku terpesona
Keatas keayuan dirimu..
Lantas aku tertanya-tanya..??
Layakkah aku berada di sqmpingmu?? Sudikah dikau menerima diriku??
Aku hanyalah seorang insan biasa
Yang penuh dengan kekurangan
Yang memerlukan seseorang untuk melengkapkan diri ini..
Sesungguhnya aku mengharapkan diriku ini sudah layak
Untuk berada di samping dirimu
Tapi..
Adakah kau sudi menerima ku??
Atau dikau sudah ada yang lebih baik dari diriku ini??

Persoalan akan menjadi persoalan kerana diri ini
Masih belum ada keberanian untuk bersemuka dengan diri mu
Kerana aku takut akan jawapan yang lahir dari percakapan mu
Kerana aku takut akan jawapan yang akan tertulis dari tulisan mu
Akan menyakitkan hati ini
Akan membuatkan aku jauh dari mu
Kerana luka yang berdarah boleh diubati
Tapi luka di hati entah siapa tahu bila akan diubati??

Tapi aku pasrah jika ini sudah menjadi suratan takdirku
Menyepi dan terus mnyepi keseorang disudut hiba
Menharapkan kehadiran dirimu..pendamping dikala aku kesepian..
Aku redha
Aku pasrah
Kerana..
jodoh
Ajal
Pertemuan

Itu adalah ketentuan yang maha Esa..yang menguasai segala apa yang ada dilangit mahupun dibumi..

Aku menyintaimu kerana Allah..
Aku menyayangimu kerana Allah..
Aku menerima mu kerana Allah..

Kerana Allah telah menjanjikan yang terbaik kepada hamba-hamba yang beriman kepada-Nya..
Allah maha adil di atas segalanya..jika aku tidak berjodoh dengan mu pasti Allah telah merencakan bagimu jodoh yang lebih baik dari diri ku ini..
Kerana telah tertulis segala-galanya semanjak di lauhul mamfuz jodoh dan ajal kita di atas muka bumi ini...yang perlu kita lakukan sekarang adalah berserah kepadanya bersujud kepada berdoa kepadanya agar kita sentiasa berada di dalam cahaya keimanan kepadanya..